21 Jan 2012

Kenalilah Kami RPWS



Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak yang  kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin , asnaf zakat, ibu tunggal, OKU serta warga emas.


Alhamdulillah degan izin Allah SWT dan hasil sumbangan orang yang dermawan kini Rumah Penyayang Wadi Sakinah sudah beroperasi pada awal 2010 di rumah di alamat No.21, Jalan 2, Taman Merbok Permai, Merbok, Kedah dan di Kg Bukit Haji Omar Merbok, Kedah Darul Aman yang menempatkan anak-anak sekolah rendah putera dan puteri. 

RPWS telah meneruskan operasinya dengan menyewa 4 buah rumah di dalam taman perumahan dan sebahagian lagi di tanah yang di wakafkan dengan membiayai 120orang yang terdiri dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan dari keluarga yang fakir, miskin,  yatim, serta anak OKU.

Atas kasih sayang yang dituntut oleh Allah SWT di kalangan kita sesama manusia, anak-anak ini diasuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendakNya. 
Menjadikan Allah sebagai tempat rujukan dalam menyelesaikan apa jua permasalahan di dalam kehidupan dengan cara mendekatkan diri denagaNya, bersangka baik serta yakin Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amt belas kasihan kepada semua makhluknya melalui kaedah yang di terapkan di dalam pendidikan.

Seterusnya membina jati diri untuk menjadi model kepada rakan sebaya serta golongan yang senasib dengan mereka selain dari untuk cuba sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.


Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Jesteru itu di rumah ini anak-anak cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah, untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Untuk menyempurnakan lagi maka pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah berharap agar ada golongan individu, ahli perniagaan, syarikat swasta mahupun badan korporat serta badan sekarelawan yang sudi tampil memberikan sokongan atas usaha ini, mudah-mudahan dengan itu kita mendapat kasih sayangNya.
BORANG SUMBANGAN DERMA / ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya / syarikat saya .....................................................................
beralamat:
...........................................................................................
...........................................................................................
No. Telefon: ......................................................................
No. Faks: ...........................................................................
Saya / Syarikat saya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah untuk menjayakan kerja-kerja amal seperti:-
1 ZAKAT
zakat harta / wang simpanan / emas / perniagaan / pertanian / penternakan
1 PROGRAM PENYAYANG / KELUARGA ANGKAT
menaja sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk wang saku yang di taja.
1 KEPERLUAN HARIAN
makanan asas / beras / tepung / susu / gula / teh / kopi / minyak masak / kicap / telur / susu / susu tepung / daging / ayam / ikan bilis / sayur-sayuran / buah-buahan / dsbnya
1 PERALATAN & KELENGKAPAN
baru / terpakai / komputer / printer / mesin faks / kipas / air cond / meja / kerusi / katil / cadar / tilam / langsir / tuala / pakaian
1 KENDERAAN
bas / van / kereta - digunakan untuk membawa anak-anak ke sekolah, menghantar barangan keperluan ke rumah anak yatim dan fakir, kematian, kemalangan
Firman Tuhan :
“Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan yang lain)

Sabda Rasulullah SAW :
“Tidak Sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya”

Dengan ini kami mengalu-alukan para dermawan sekalian untuk mengambil peluang menanam Saham Akhirat demi masa depan anak-anak yang memerlukan bantuan dan pembelaan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan