27 Jan 2012

Jalan sepanjang nak masuk ke RPWS perlu di turap...

Demi mencapai matlamat untuk memudahkan keluar masuk dari tempat anak-anak yatim wadi sakinah, kami memerlukan sumbangan sebanyak 
RM50, 000 untuk menaik taraf jalan sepanjang 350meter nak masuk ke tempat kami




Dengan itu, kami mengalu-alukan para dermawan dan hartawan sekelian untuk mengambil peluang menanam saham akhirat demi membantu anak-anak RPWS yg memerlukan bantuan ini. 

Moga sedekah jariah, ilmu yang anak-anak ini pelajari mahupun doa anak-ank yang soleh & solehah ini akan menjadi bekalan kita di negara Akhirat yang kekal abadi

"Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya Tuhan akan menunaikan untuknya 70 hajat" riwayat muslim 

Datok/Datin/Tuan/Puan yang di rahmati Allah 
silalah beramal membantu anak yatim RPWS 
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya / syarikat saya .....................................................................
beralamat:
...........................................................................................
...........................................................................................
No. Telefon: ......................................................................
No. Faks: ...........................................................................
Saya / Syarikat saya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah untuk menjayakan kerja-kerja amal, Moga apa yang kami sumbangkan ALLAH SWT menilai di Akhirat kelak

21 Jan 2012

Kenalilah Kami RPWS



Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak yang  kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin , asnaf zakat, ibu tunggal, OKU serta warga emas.


Alhamdulillah degan izin Allah SWT dan hasil sumbangan orang yang dermawan kini Rumah Penyayang Wadi Sakinah sudah beroperasi pada awal 2010 di rumah di alamat No.21, Jalan 2, Taman Merbok Permai, Merbok, Kedah dan di Kg Bukit Haji Omar Merbok, Kedah Darul Aman yang menempatkan anak-anak sekolah rendah putera dan puteri. 

RPWS telah meneruskan operasinya dengan menyewa 4 buah rumah di dalam taman perumahan dan sebahagian lagi di tanah yang di wakafkan dengan membiayai 120orang yang terdiri dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan dari keluarga yang fakir, miskin,  yatim, serta anak OKU.

Atas kasih sayang yang dituntut oleh Allah SWT di kalangan kita sesama manusia, anak-anak ini diasuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendakNya. 
Menjadikan Allah sebagai tempat rujukan dalam menyelesaikan apa jua permasalahan di dalam kehidupan dengan cara mendekatkan diri denagaNya, bersangka baik serta yakin Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amt belas kasihan kepada semua makhluknya melalui kaedah yang di terapkan di dalam pendidikan.

Seterusnya membina jati diri untuk menjadi model kepada rakan sebaya serta golongan yang senasib dengan mereka selain dari untuk cuba sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.


Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Jesteru itu di rumah ini anak-anak cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah, untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Untuk menyempurnakan lagi maka pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah berharap agar ada golongan individu, ahli perniagaan, syarikat swasta mahupun badan korporat serta badan sekarelawan yang sudi tampil memberikan sokongan atas usaha ini, mudah-mudahan dengan itu kita mendapat kasih sayangNya.
BORANG SUMBANGAN DERMA / ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya / syarikat saya .....................................................................
beralamat:
...........................................................................................
...........................................................................................
No. Telefon: ......................................................................
No. Faks: ...........................................................................
Saya / Syarikat saya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah untuk menjayakan kerja-kerja amal seperti:-
1 ZAKAT
zakat harta / wang simpanan / emas / perniagaan / pertanian / penternakan
1 PROGRAM PENYAYANG / KELUARGA ANGKAT
menaja sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk wang saku yang di taja.
1 KEPERLUAN HARIAN
makanan asas / beras / tepung / susu / gula / teh / kopi / minyak masak / kicap / telur / susu / susu tepung / daging / ayam / ikan bilis / sayur-sayuran / buah-buahan / dsbnya
1 PERALATAN & KELENGKAPAN
baru / terpakai / komputer / printer / mesin faks / kipas / air cond / meja / kerusi / katil / cadar / tilam / langsir / tuala / pakaian
1 KENDERAAN
bas / van / kereta - digunakan untuk membawa anak-anak ke sekolah, menghantar barangan keperluan ke rumah anak yatim dan fakir, kematian, kemalangan
Firman Tuhan :
“Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan yang lain)

Sabda Rasulullah SAW :
“Tidak Sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya”

Dengan ini kami mengalu-alukan para dermawan sekalian untuk mengambil peluang menanam Saham Akhirat demi masa depan anak-anak yang memerlukan bantuan dan pembelaan ini.

16 Jan 2012

Seluruh penghuni rumah penyayang wadi sakinah

Klik di gambar untuk besarkan imej
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan.." (QS Al-Baqarah:177)

Salurkan sumbangan dana (amal jariah) anda  ke dalam akaun berikut atas nama:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD: 
Rumah Penyayang Wadi Sakinah, nombor akaun 02020010060678, atau

MAYBANK:  Rumah Penyayang Wadi Sakinah, nombor akaun  552189500198

                                              
Hubungi kami :-
EN.KHOMSIN: 013-2812744 ATAU PUAN ZAHRAH: 012-7008163


“Marilah kita membela orang lain,  Mudah-mudahan Tuhan akan membela kita”

10 Jan 2012

Tolonglah kami

Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)


Firman Allah:
” Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan satu tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui “(2:261)



BORANG SUMBANGAN DERMA / ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya / syarikat saya .....................................................................
beralamat:
...........................................................................................
...........................................................................................
No. Telefon: ......................................................................
No. Faks: ...........................................................................
Saya / Syarikat saya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah untuk menjayakan kerja-kerja amal seperti:-
1 ZAKAT
zakat harta / wang simpanan / emas / perniagaan / pertanian / penternakan
1 PROGRAM PENYAYANG / KELUARGA ANGKAT
menaja sekurang-kurangnya RM250 sebulan untuk wang saku yang di taja.
1 KEPERLUAN HARIAN
makanan asas / beras / tepung / susu / gula / teh / kopi / minyak masak / kicap / telur / susu / susu tepung / daging / ayam / ikan bilis / sayur-sayuran / buah-buahan / dsbnya
1 PERALATAN & KELENGKAPAN
baru / terpakai / komputer / printer / mesin faks / kipas / air cond / meja / kerusi / katil / cadar / tilam / langsir / tuala / pakaian
1 KENDERAAN
bas / van / kereta - digunakan untuk membawa anak-anak ke sekolah, menghantar barangan keperluan ke rumah anak yatim dan fakir, kematian, kemalangan
Firman Tuhan :
“Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan yang lain)

Sabda Rasulullah SAW :
“Tidak Sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya”

Dengan ini kami mengalu-alukan para dermawan sekalian untuk mengambil peluang menanam Saham Akhirat demi masa depan anak-anak yang memerlukan bantuan dan pembelaan ini.


Salurkan sumbangan dana (amal jariah) anda  ke dalam akaun berikut atas nama:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD: 
Rumah Penyayang Wadi Sakinah, nombor akaun 

RUMAH PENYAYANG WADI SAKINAH

BANK ISLAM : 02020010060678, atau
MAYBANK:    552189500198

                                              
Hubungi kami :-
Tn.Hj. Khomsin : 0132812744
Pn.Zahrah        : 0127008163


“Marilah kita membela orang lain,  Mudah-mudahan Tuhan akan membela kita”

4 Jan 2012

Dimana lokasi Rumah Penyayang Wadi Sakinah

Rumah Penyayang Wadi Sakinah terletak di dua lokasi di Merbok, Kedah.

Lokasi pertama ialah di No. 21, Jalan 2, Taman Merbok Permai, Merbok, Kedah dan lokasi kedua ialah  di Kg Bukit Hj Omar, Merbok, Kedah. Jarak antara kedua-dua lokasi ini adalah lebih kurang 500m.

Lokasi pertama adalah didalam kawasan taman perumahan dan lokasi kedua adalah ditanah yang diwakafkan berjumlah 14 ekar. Lokasi kedua adalah lokasi untuk pembangunan masa hadapan Rumah Penyayang Wadi Sakinah. Perancangan sedang dibuat untuk membina semula penempatan disini dengan lebih tersusun dan selesa.


Anda boleh merujuk kepada Google Maps untuk gambaran yang lebih jelas dan peta perjalanan ke lokasi Wadi Sakinah.

  1. Klik disini untuk Google Maps
  2. Masukkan kordinat berikut ke "search box" (copy & paste) : 
    • 5.721076,100.404879 , atau
    • 5.725773,100.402341

*Taman Merbok Permai masih belum di tunjukkan dalam peta tersebut, peta ni google tangkap tahun 2007, 4tahun lepas (Google belum update). untuk maklumat lanjut hubungi kami

Untuk anda yang ingin terus ke lokasi tersebut untuk menyampaikan sumbangan, anda bolehlah mendapatkan peta perjalanan anda dengan cara berikut di halaman Google Maps.

Ikuti langkah 1 hingga 4 diatas

Kami harap anda dapat melawat anak-anak kami sekiranya ada kelapangan. Sila hubungi kami sekiranya anda ingin melawat kami.

EN.KHOMSIN     013-2812744
PN.ZAHARAH     0127008163