29 Dis 2011

Jadual Harian Pelajar Rumah Penyayang Wadi Sakinah

Anak-anak di rumah Penyayang Wadi Sakinah dilatih dari awal lagi untuk menjadikan mereka insan yang berjaya pada suatu hari nanti. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi inilah rutin harian anak-anak di sini. Semoga mereka tabah dalam kehidupan seharian demi masa depan yang lebih cemerlang!


4.30 pagi           : Bangun & membersihkan diri, solat tahajut, taubat & witir
05.40 – 06.30 pagi : Selawat & solat subuh
06.30 – 07.30pagi : Membaca Al-Quran, zikir & sarapan
07.30 – 11.00pagi : Kelas pengajian rasmi
11.00 – 12.30 t/h : Qailullah (tidur sunat sebelum zohor)
12.30 – 02.30 ptg : Persiapan solat zohor, solat zohor & makan tengahari
02.30 – 04.00 ptg : Kelas kemahiran
04.00 – 05.00 ptg : Solat asar
05.00 – 06.30 ptg : Kerja kebersihan / riadhah
06.30 – 07.45 ptg : Persiapan solat maghrib, solat maghrib
07.45 – 08.15 mlm : Membaca Al Quran & belajar tajwid
08.15 – 09.00 mlm : Solat isya’, makan malam
09.00 – 10.30 mlm : Ulang kaji pelajaran atau tazkirah
10.30 mlm           : Muhasabah diri & tidur

Solat berjemaah amalan seharian

25 Dis 2011

Warga Emas juga ada di wadi kami

Selain dari anak-anak Rumah Penyayang Wadi Sakinah juga didiami oleh warga emas. Antara warga emas yang kini tinggal di sini ialah Pakchik Mahtarzi dan Makchik Khamsiah.


Selain dari warga emas, orang kurang upaya juga ada di Rumah Penyayang ini. Semuga kehadiran mereka lebih menyerikan lagi komuniti kami.

13 Dis 2011

Pengenalan kepada Rumah Penyayang Wadi Sakinah

Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan yang menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak orang miskin, anak OKU, anak yatim, dan sebagainya.

Ia ditubuhkan pada awal tahun 2010. Mula beroperasi di alamat No. 21, Jalan 2, Taman Merbok Permai, Merbok, Kedah dan di Kg Bukit Hj Omar Merbok, Kedah Darul Aman. 

Terdapat 4 lot buah rumah yang didalam taman perumahan yang disewa dan ditanah yang diwakafkan berjumlah 14 ekar. Jumlah penghuni disini adalah hampir 120 orang.

anak_yatim
Salah sebuah rumah di dalam taman perumahan

Keadaan penempatan di tanah wakaf Wadi Sakinah adalah kurang selesa pada masa ini kerana rumah-rumah disini perlu diperbaiki. Berikut adalah gambaran penempatan di tanah wakaf.
wadi_sakinah
Asrama Pelajar Lelaki yang perlu di perbaiki
wadi_sakinah
Keadaan asrama lelaki yang dibina berperingkat apabila ada sumber kewangan
rumah_oku
Rumah OKU

rumah_orang_tua
Rumah warga tua
Disebabkan keadaan yang kurang selesa ini, Pengurusan Rumah Penyayang Wadi Sakinah sedang berusaha untuk mendapatkan sumbangan dari mana-mana individu atau syarikat yang prihatin untuk membaik pulih atau menyediakan penempatan baru yang lebih sempurna kerana tanah wakaf yang ada untuk pembangunan masih luas. Insan yang prihatin untuk membantu boleh menghubungi kami.