Rumah Penyayang Wadi Sakninah adalah sebuah rumah
kebajikan menempatkan kanak-kanak yang kurang bernasib
baik yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf
zakat, ibu tunggal, OKU serta warga emas.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan hasil sumbangan
orang yang dermawan kini Rumah Penyayang Wadi Sakinah
sudah beroperasi awal 2010 beralamat di No 21, Jln 2,
Taman Merbok, Kedah dan di atas 14 ekar tanah di Kg Bukit
Haji Omar Merbok, Kedah Darul Aman yang menempatkan
anak-anak sekolah rendah putera dan puteri
RPWS telah meneruskan operasinya dengan menyewa 4
buah rumah di dalam taman perumahan dan sebahagian lagi
dengan tanah yang diwakafkan dengan membiayai 100
orang terdiri dari kalangan nanak-anak lelaki dan perempuan
dari keluarga yang fakir miskin, yatim serta anak OKU.
Atas kasih sayang yang dituntut oleh Allah SWT dikalangan
kita sesama manusia, anak-anak ini diasuh agarmereka
kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan
mengikut kehendak-Nya, bersangka baik serta yakin Dialah
sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amat belas kasihan
kepada semua makhluknyamelalui kaedah yang diterapkan di
dalam pendidikan.
Seterusnya membina jati diri untuk menjadi model kepada
rakan sebaya serta golongan yang senasib dengan mereka
selain dari cubasedaya upaya memenuhi keperluan mereka.
Kasih sayang diperlukan oleh semua insan. Jesturu itu di
rumah ini anak-anak cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal
dengan kasih sayang yang tepat mengikiut kehendak Allah,
untuk menjad insan bertaqwa.
Untuk menyempunakan lagi maka pihak pengurusan RPWS
berharap agar ada golongan individu, ahli perniagaan,
syarikat swasta mahupun badan korporat serta badan
sukarelawan yang sudi tampilmemberi sokongan atas usaha
ini dan mudah-mudahan dengan itu kita mendapat kasih
sayang-Nya.